Institut Penyelidikan Kanser Universiti Malaya ditubuhkan pada tahun 2010 berikutan peningkatan bilangan penyelidikan kanser di Universiti Malaya.
MISI |
Untuk menakluki kanser melalui 4P Penjagaan - menyediakan penjagaan dan inovasi rawatan yang berkualiti kepada pesakit kanser Perjuangan - memperjuangkan penjagaan kanser yang berkualiti Penyelidikan - penyelidikan yang berkesan melalui ujian klinikal, epidemiologi klinikal, kajian sistem kesihatan, penyelidikan biomarker prognostik dan prediktif, dan penemuan ubat . Pendidikan - mendidik pegawai perubatan / kesihatan, pesakit kanser dan orang awam tentang pengesanan awal kanser, diagnosis dan rawatan kanser. |
||
VISI |
Untuk menjadi institut kanser yang terkenal di peringkat antarabangsa menerusi penjagaan pesakit yang inovatif (innovative patient-centered care), penyelidikan translasi (translational research) dan komuniti yang berpendidikan (education-empowered community). |
||
OBJEKTIF |
1. Untuk menyediakan ekosistem yang kondusif bagi mencapai penyelidikan yang inovatif demi menambah baik penjagaan kanser menerusi rangkaian kolaborasi bersama institusi dan industri tempatan juga antarabangsa. 2. Untuk memudahkan kolaborasi di antara pegawai perubatan, saintis dan komuniti dalam pencegahan kanser, pengesanan awal kanser, rawatan kanser, dan perjuangan kanser (survivorship). 3. Untuk menterjemahkan penemuan-penemuan penyelidikan kepada perubahan polisi bagi menambah baik kawalan kanser di Malaysia. 4. Untuk membangunkan program-program pendidikan kepada pegawai perubatan / kesihatan dan juga komuniti. 5. Untuk memperkasakan komuniti melalui perjuangan pencegahan kanser dan survival. |