• Institut Penyelidikan Kanser Universiti Malaya
  • umcri@um.edu.my
logo
logo

Fasa 1 dan 2 (Feb 2020 - Mac 2021)

  • Subprojek 1 telah mengenalpasti penyediaan dan pembiayaan pemeriksaan dan pengesanan kanser di kalangan penduduk B40 di Taman Medan. Penyediaan pengesanan di sektor awam dan swasta akan dipetakan. Mekanisme pembiayaan pesakit uB40 dikenalpasti. Laluan diagnostik dipercepatkan dengan menjalinkani jalinan antara klinik, hospital, ketua komuniti.
  • Subprojek 2 telah mengenalpasti faktor sosio-budaya, dan agama yang mempengaruhi secara positif/negatif pengesanan awal kanser di kalangan wanita bandar B40. Kerangka perkongsian data sensitif antara pemegang taruh semasa laluan diagnosis kanser telah dipastikan
  • Subprojek 3 memahami bagaimana ahli masyarakat dalam komuniti B40 menyampaikan maklumat kesihatan di dalam komuniti mereka. Kempen komunikasi bersasar telah dibina.
  • Subprojek 4 telah menyusun dan menganjurkan Kursus Rakan Pembimbing Kanser Komuniti (Ra.Kan Ku) yang berlangsung pada Feb 2022
  • Subprojek 5 telah menyusun dan menganjurkan kursus “Cancer Care in Primary Care” yang berlangsung pada Feb - Mac 2022
  • Subprojek 6 telah menyusun dan menganjurkan kursus “Community Nurse Breast Cancer Short Course” yang berlangsung pada Feb 2022
  • Subprojek 7 membangunkan satu dokumen berkenaan spesifikasi keperluan bagi pemantauan dan penilaian diagnosis rawatan kanser “Monitoring and Evaluation of Cancer Care Diagnostic Pathway.

Fasa ini memberi maklumat untuk pembangunan penyelidikan fasa 3 dan seterusnya.

Fasa 3 (April – Sept 2022)

  • Kempen rintis komunikasi tersasar untuk golongan B40 di Kawasan Taman Medan. Pemantauan dan penilaian kempen di Taman Medan.

Fasa 4

Berminat untuk bekerjasama dengan kami untuk meluaskan lagi penyelidikan implementasi untuk mengurangkan halangan diagnosis kanser awal di Malaysia.

Hubungi kami di: naisha@um.edu.my, hamizahsaat@um.edu.my, rebungselangor@gmail.com

Last Update: 14/05/2024