• Institut Penyelidikan Kanser Universiti Malaya
  • umcri@um.edu.my
logo
logo

REBUNG adalah singkatan daripada tajuk projek penyelidikan Reducing Barriers in Cancer Early Diagnosis in the Urban B40 Group atau Mengurangkan Halangan Pengesanan Awal Kanser pada Kumpulan Bandar B40.

TAHUKAH ANDA!

  • Kadar kemiskinan bandar adalah lebih tinggi di negeri maju seperti Selangor.

  • Didapati 50% daripada golongan miskin bandar di Malaysia mempunyai penyakit kronik, tetapi hanya 10% yang pergi mendapatkan rawatan. Kumpulan bandar B40 (uB40) mengalami jurang kesihatan yang ketara.

  • Kadar kelangsungan hidup (survival) kanser payudara adalah lebih rendah di hospital awam (72%) berbanding hospital swasta (87%) kerana peringkat kanser yang lebih lanjut.

  • Meskipun banyak skim kesihatan kerajaan yang mensasarkan golongan miskin bandar, laluan diagnostik yang rumit dan bercelaru boleh menghalang pengesanan awal kanser.

OBJEKTIF:

Oleh sebab itu, projek REBUNG dilaksanakan untuk mencari jalan penyelesaian diagnosis kanser dalam jangka masa yang munasabah dan selamat. Ini melibatkan pelaksanaan ujian saringan (secara berkala) yang dilakukan kepada individu yang tiada simptom, serta ujian diagnostik untuk menangani isu bagi individu yang mempunyai symptom penyakit atau jika ujian saringan menunjukkan keputusan yang tidak normal. Dengan pelaksanaan ujian saringan dan ujian diagnostik yang berkesan, diharapkan penemuan kanser dapat dilakukan dengan lebih cepat dan cekap, membolehkan rawatan awal yang lebih berkesan dan meningkatkan peluang kesembuhan.

Last Update: 14/05/2024